Kita tidak boleh berasa lebih baik daripadanya, apalagi menghinanya sebabkita tidak tahu akhir kehidupan kita dan akhir kehidupannya. Tidak mustahil orang itu akan bertaubat sebelum matinya lalu mendapat husn al-hatimah. Dan tidak mustahil kita akan berubah sebelum mati lalu terjerumus dalam dosa yang dilakukannya itu, nauzubillah.
Dalam hadith daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."(Riwayat al-Tirmizi no. 2693).
Sebenarnya berasa diri lebih baik daripada orang lain ialah penyakit yang sangat berbahaya. Sifat ini akan menutup hati dan telinga kita daripada menerima nasihat dan kata-kata yang berguna untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat. Jika tidak segera diubati, penyakit hati ini akan membawa kita kepada pelbagai kerugian dan kerosakan yang lebih berat daripada yang diakibatkan dosa-dosa zahir.
Tiada manusia yang sempurna. Kadang memang kita silap melangkah. Tanpa sedar atau dengan sedar. Namun sampai bila kita mahu menjadikan ketidaksedaran itu sebagai tiket untuk kita terus melakukan kesilapan?
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."(3:133).
"Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui."(3:135).
Faghfirli zunubi ya Rabb!!! Innaka Tawwabur Rahim...
* Siapa makan gula gula terase laa manis nya :)
renung renung kan dan selamat beramal :D
No comments:
Post a Comment